Kami Sahabat Selamanya

Kami Sahabat Selamanya
Kami Sahabat Selamanya

02 December 2012

Wanita Ibarat Epal

 Sejak Seminggu yang lalu, epal itu asyik berfikir 'kenapa aku tidak diprtik orang? kulitku licin mulus.Warnaku merah bersinar.' Epal itu memandang ke bawah . Hairan . Kenapa manusia memilih kawan2nya yang berada di bawah sana . Bukankah mereka tidak mendapat angin yang bersih & cahaya yang murni sprti aku yang berda di puncak paling tinggi ini ? Bukankah rakan2ku itu ada yang sudah dirosakkan serangga ?
    Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan2nya yg telah pun disentuh menjadi pilihan. Bukan dirinya yg belum tercemar & dicuit org. Apa kurangnya aku ini ? Perasaan rendah diri mula bertandang.Makin lama makin menebal , diselangi rasa kecewa &bimbang . Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu pada pagi yang damai itu , epa itu menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di tanah , hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau & kulit yang licin mulus ini pasti meliurkan mereka. Epal menanti manusia bertuah itu , malangnya sampai ke malam tiada seorang pun datang mengambilnya. Buahan yang tergantung mudah dicapai juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek dan disentuh-disentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau . Rasa risau bertukar menjadi sedih.Siang berganti malam, hari berganti minggu . Akhirnya epal tersebut manjadi busuk ditanah menjadi habuan ulat dan seranggan perosak .

     Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah , tetapi epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak !! Susan dipetik,sudah digapai tapi kadang2 epal tu risau , kenapalah diriku tidak dipetik ?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah , sedangkan ia telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang sanggup memetiknya . Hanya pemuda yang benar2 beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat . Biarlah jodoh bukan di dunia .. Asalkan cinta ALLAH menginginkannya .....
       

No comments: