Kami Sahabat Selamanya

Kami Sahabat Selamanya
Kami Sahabat Selamanya

02 December 2012

Menanti Sang Pelangi Cinta

 Pelangi yang datang bersama hujan , membuatkan aku terpanar.
Dengan keindahan tujuh warnanya .. lantas hati bertasbih di atas kehadiran Sang Pelangi kerana melaluinya aku mengetahui , kamu juga turut mengetahui dan menyukai..Namun , sejak dirimu aku kenali banyak yang aku pelajari dalam dian aku mengagumi dirimu yang bertahta di hati.
   Cantiknya awan di langit yang membiru umoama rindukan yang terbuku, indahnya matahri di waktu senja menjadi pengubat jiwaku yang lara. Bersinarnya bintang di waktu malam seperti kasihku yang tak akan padam.
  Setelah kamu ku kenali, aku semakin mengerti walau cantiknya Si Pelangi, tujuh warnya yang sentiasa berseri . Namun bagiku kamu lebih mengatasi segala-galanya di dunia ini. 
  Sekarang aku fahami, tak perlu lagi aku terus menanti pelangi di langit akan muncul & hilang. Datang & pergi seperti Sang Hujan. Tapi kamu akan kekal di sini. Terpahat jauh di sudut hati, Biarpun kamu tiada di sini. Bagiku kamulah yang akan abadi buat selama-lamanya kerana kamulah SANG PELANGI CINTA.

No comments: